akibat TUMOR GANAS .. pria ini tidak memiliki WAJAH

Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya 'tanpa muka' dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan.Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.



Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya."Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya," katanya.Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah.


0 comments:

Posting Komentar